SUMBANGAN PIBG KEPADA AKTIVITI SEKOLAH

 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
AKTIVITI SUKAN
HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SUMBANGAN UNTUK KEM SAINSTIS MUDA 1998
 

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK. | Indeks  | Atas |

PIBG telah memberi sumbangan sebanyak RM6,900.00 bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bertujuan meningkatkan prestasi kesemua pelajar-pelajar SMK SAAS . Program ini melibatkan semua pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan enam . Sumbangan tersebut diberikan berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh ketua bidang masing-masing , iaitu bidang Bahasa , Sains dan Matematik , Teknik dan Vokasional dan bidang Kemanusiaan .

Program peningkatan prestasi akedemik ini dijalankan untuk sepanjang tahun 1998 . Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembelian bahan-bahan bercetak untuk kelas tambahan , fotokopi bahan ujian dan latihan , dan pembelian buku kerja dan analisis soalan-soalan peperiksaan . Dengan peruntukan yang besar ini , diharapakan prestasi akademik para pelajar SMK SAAS pada tahun ini semakain meningkat .

 

AKTIVITI SUKAN. | Indeks  | Atas |

PIBG memberi sumbangan tetap untuk menjayakan sukan tahunan . Sumbangan berjumlah RM1,500.00 telah diberikan untuk menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahun Ke-31 yang diadakan secara tertutup pada 26 Mac 1998 bersamaan hari Khamis . Peruntukan tersebut digunakan untuk membeli hadiah berbentuk pingat bagi para pemenang .

 

HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK. | Indeks  | Atas |

Pada setiap tahun PIBG memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang . Pelajar-pelajar tingkatan satu , dua , empat , serta dalam peperiksaan PMR , SPM dan STPM pada tahun 1996 diberi hadiah pada Hari Kecermelangan Akedemik 1997 . Peruntukan sebanyak RM 3,000.00 diberi bagi menjayakan hari tersebut yang diadakan bersama-sama dengan mesyuarat agung PIBG .

 

PUSAT SUMBER SEKOLAH.  | Indeks  | Atas |

Pusat sumber SMK SAAS telah mengadakan satu program khusus , Galakan Membaca bertujuan meningkatkan peratusan pencapaian pelajar dalam peperiksaan melalui tabiat membaca . Pusat sumber juga telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun sehingga berjaya terpilih sebagai jihan dalam pertandingan peringkat daerah dan mewakili daerah Hulu Langat ke pertandingan Pusat Sumber Sekolah peringkat negeri Selangor pada tahun ini . Untuk menjayakan program ini dan aktiviti Pusat sumber ini , PIBG telah memberi sumbangan sebanyak RM 1,000.00 dan diharapkan para pelajar dapat melibatkan diri untuk menjayakan program dan aktiviti yang telah dirancangkan .

 

SUMBANGAN UNTUK KEM SAINSTIS MUDA 1998.  | Indeks  | Atas |

Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Kem Sainstis Muda pada 24 , 25 dan april 1998 di Kolej Kediaman Kelima , UPM . Pihak sekolah telah menghantar seramai tujuh orang pelajar tinggatan tiga dan seorang guru sains untuk menyertai kem tersebut . PIBG memberi sumbangan sebanyak RM400.00 , iaitu untuk yuran pendaftaran , tempat tinggal dan makanan kepada mereka yang menyertai kem tersebut .